Kenali Karim Raslan. Siapakah Lelaki Ini Yang Menjadi Bualan Hangat Di Astro Awani?

Video Berada Di Bawah Artikel

SEBAGAI saluran berita 24 jam nombor satu di Malaysia, Astro AWANI menjadikan liputan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Rabu sebagai agenda utama dalam kalendarnya.

Bermula hari parlimen dibubarkan sehingga hari pengundian semalam, Astro AWANI komited dalam memberi liputan yang komprehensif kepada penonton.

Menerusi garis masa di laman sosial, khususnya Twitter, netizen nyata gembira dengan liputan menyeluruh yang disediakan seluruh tenaga kerja Astro AWANI.

Paling mendapat perhatian adalah sesi diskusi bersama tetamu jemputan yang dikendalikan oleh dua komentator, Nazri Kahar dan Kamarul Bahrin Haron, malam tadi.

‘You Are Making History, Freedom Of Expression & Press’ – Netizen Puji Pengacara Awani!

Tetamu-tetamu terbabit adalah Prof.Dr.Hamidin Hamid, Profesor Madya Faisal S.Hazis, Karim Raslan, Datuk Salehuddin Saidin, Hisomuddin Bakar, Prof.Datuk Dr. Denison Jayasooria dan Profesor Madeline Berma.

Sesi diskusi secara langsung itu berlangsung bermula jam 8 malam sehingga ke detik keputusan penuh diumumkan.

Ia mendapat pujian ramai yang berpuas hati dengan perbincangan tersebut, yang disifatkan tidak berpihak kepada mana-mana pihak, sebaliknya telus menyampaikan aspirasi masyarakat.

Netizen rata-ratanya berpendapat apa yang dipaparkan AWANI adalah gambaran kebebasan media yang selama ini diinginkan mereka.

Hasilnya, kata kunci Astro AWANI menjadi salah stau daripada 10 topik dalam senarai worldwide trending malam tadi, dengan lebih 70,000 tweet.

Malah, Karim Raslan sendiri yang dilihat cukup terbuka dalam memberikan pandangan dalam sesi itu, juga antara trending topic di Twitter.

ANTARA KOMEN NETIZEN DI TWITTER TENTANG PANEL ASTRO AWANI

ASTRO AWANI MVP SQUAD! #GE14 #PRU14

.

Astro Awani mengajar aku jujur itu lebih baik#MalaysiaMemilih

.

Astro Awani, you’re doing great!! “Bila dah kalah tu, harus mengaku kalah” siapa je berani cakap macam ni dekat siaran langsung

.

Astro Awani are the real MVPs of this election. Their commentary has been straight

Bang Suk@RealSukriEusoff

“Chairman of SPR, what are you doing? you should just resign..”

Panel astro awani just wow 😂👏🏻

1:57 AM – May 10, 2018

3,234

5,261 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

Video Kredit:  

 Sumber: buletin netizen