Selepas Sultan Johor Bertitah Kini TMJ Pula Memberi Kenyataan Mengenai Kerajaan Baru Yang Akan Dibina

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu yang akan berkhidmat untuk negeri Johor.

Dalam kenyataan rasminya hari ini, beliau mengingatkan agar kerajaan baru sentiasa mementingkan hak dan kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Kami semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat.

“Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan anda semua yang berkhidmat kepada kerajaan DYMM Sultan Johor,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pakatan Harapan (PH) merampas Johor dari Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Manakala BN pula memenangi 16 kerusi manakala Pas cuma mendapat satu kerusi DUN di Johor.

INI KENYATAAN RASMI TMJ DARI FACEBOOK JOHOR Southern Tigers
Kita yang berkhidmat ini adalah hamba kepada rakyat - TMJ
TAHNIAH
Negeri Johor dan perlembagaannya tetap berdaulat. Baju melayunya tetap Teluk Belanga. Hanya muka sahaja bertukar baharu. Kepada Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian dan kerajaan baharu yang akan berkhidmat untuk negeri Johor.

Tahniah kepada parti politik yang berjaya memenangi PRU14. Nasihat saya kepada anda semua jangan lupa negeri Johor adalah negeri berdaulat yang mempunyai cara, budaya dan tata tertib kita sendiri. Kami semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat. Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan anda semua yang berkhidmat kepada kerajaan DYMM Sultan Johor.

Walau apapun terjadi sentiasa pentingkan hak dan kesejahteraan rakyat bukan kepentingan peribadi. Kami harus belajar daripada kesilapan orang lain. Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Walau apapun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor.

Dari – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

SUMBER : ASTRO AWANI

Sumber: JOHOR Southern Tigers

VIDEO TITAH SULTAN JOHOR